Sunday, May 3, 2015

Ihdinas siratal mustaqim.


Hilang,
Dimana jalan,
Hati sesak,
Akal buntu.

Mengkaji bait-bait jalan,
lurus atau berliku,
ingin ku henti nafasku,
bila aku sesak.


Yang diatas bagai raja,
mengarah sini sana,
khalifah sudah lama mati,
Mati telan zaman.

Ku lihat kanan dan kiri,
jalan apa yang harus ku pilih,
Ihdinas siratal mustaqim,
Ihdinas siratal mustaqim,
Ihdinas siratal mustaqim,
Hati merota-rota,
Dimana dirimu yang hilang.



Ihdinas siratal mustaqim,
Ihdinas siratal mustaqim
IHDINAS SIRATAL MUSTAQIM......
Keluhku.
Mencari kudrat, jasad, batin,

IHDINAS SIRATAL MUSTAQIM.....

Tuesday, May 6, 2014

Puisi buat teman

Ku meratapi mata,
air matamu mula bergenang,
ku mendengar bait-bait bicara,
penuh rasa kekeciwaan..

aku mendengar,
namun tidak mampu memahami,
luka dan sengsara,
hanya kau yang rasai..

Fizikal kita memang berbeza
kulitmu, irismu,rambutmu,
bahasamu, tingkah lakumu,
sejarahmu dan penderitaanmu jauh berbeza..

Kadang kala aku merasakan aku sebahagian darimu,
sebahagian dari perjuanganmu,
seolah-olah penderitaanmu aku pahami,
namun sebenarnya lautan jurang kita besar sekali..

aku tahu bila kau bertemu aku,
seolah harapan muncul kembali,
aku bagai sahabat yang mendengar,
bagai seseorang untuk bersandar walaupun seketika..

aku tidak tahu berapa lama aku mampu,
mampu untuk menjadi sahabat sejati,
mampu mendengar luahan hati,
mampu hadir saat kau tangisi..

beban kamu aku rasai,
merasakan aku harus disisimu meniti hari,
dunia seolah berlaku kejam,
kerana mata-mata sentiasa menghakimi..

Tuhan yang aku kasihi,
Temukanlah dia dengan sinar kejayaan,
Temukanlah orang memberikan kegembiraan,
Temukan dia dengan kesenangan

agar dia dapat merasa erti kebahagian.

12:06 a.m. puisi buat teman.